fb fb fb fb fb

Hong Kong haram sepenuhnya rokok elektronik

FOTO HIASAN

HONG KONG, 6 Jun - Hong Kong mengumumkan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan rokok elektronik kerana kesannya terhadap kesihatan khususnya golongan muda.

Langkah itu dibuat sejak dua tahun lepas selepas China mengharamkan import, pembuatan dan penjualan rokok elektronik e-rokok dan produk tembakau.

"Kami akan mengharamkan sepenuhnya semua produk merokok alternatif," kata Setiausaha Kesihatan Lo Chung-mau dalam satu sidang akhbar.

Hong Kong sudah pun mengharamkan rokok elektronik 'untuk tujuan komersial' dan cadangan itu dilanjutkan kepada pembeli.

Bawah undang-undang sedia ada, mana-mana pihak dan individu yang mengimport rokok itu akan dipenjara hingga tujuh tahun dan denda HK$2 juta ($256,000), manakala penjual dan pengilang dipenjara hingga enam bulan.

"Larangan menyeluruh terhadap produk merokok alternatif telah menjadi kata sepakat dalam masyarakat... Sudah tiba masanya untuk mengharamkan semua bentuk pemilikan produk merokok alternatif, termasuk untuk kegunaan peribadi," kata Timbalan Setiausaha Kesihatan Eddie Lee.

Pegawai bandar raya juga mengumumkan larangan merokok lain pada Khamis, termasuk larangan merokok di kawasan awam dan kanak-kanak bawah umur.

Kerajaan juga mencadangkan pengharaman tembakau berperisa, yang menurut pegawai hasil tinjauan menunjukkan sangat menarik kepada wanita dan golongan muda.

Lo berkata beliau berharap larangan rokok elektronik dan cadangan lain akan diperkenalkan kepada badan perundangan tahun ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan tahun lalu sebanyak 34 negara telah mengharamkan penjualan rokok elektronik, manakala 87 mempunyai peraturan penuh atau separa.

Pihak berkuasa Hong Kong berharap dapat mengurangkan kadar kelaziman merokok kepada 7.8 peratus menjelang tahun depan, turun daripada 9.1 peratus pada 2023. - AFP

TETITIA YUSOFF