PARIS, 6 Jun - Restoran Barcelona Disfrutar tersenarai dalam 50 restoran terbaik dunia yang antaranya didominasi restoran Sepanyol dan Amerika Latin.
Disfrutar bermaksud 'Nikmati' dalam bahasa Sepanyol dibuka pada Disember 2014 bersebelahan dengan pasar Ninot di tengah-tengah bandar Catalan.
Senarai 50 Terbaik (50 Best) dikendalikan majalah British Restaurant menyifatkan restoran itu ia sebagai mempunyai teknik dan berperisa hebat.
Ia dikendalikan oleh tiga chef terlatih di El Bulli yang terkenal di Roses, Sepanyol pernah mengungguli senarai 50 terbaik sebanyak lima kali, kali pertama pada tahun 2002.
Sebuah kedai makan Sepanyol jmendapat tempat kedua iaitu Asador Etxebarri, di bandar Basque Atxondo.
Tempat ketiga dimenangi Table de Bruno Verjus di Paris, antara restoran yang paling mahal di ibu negara Perancis.
Ketiga-tiganya menerima anugerah di satu majlis di Las Vegas.
Senarai 50 Terbaik telah dilancarkan pada tahun 2002.
Ia mempunyai lebih 1,000 pengundi merentasi 27 wilayah di seluruh dunia, gabungan chef, penulis makanan terbaik.
Disfrutar dan Table de Bruno Verjus kedua-duanya juga mempunyai kedudukan tiga bintang tertinggi daripada Michelin, manakala Asador Etxebarri mempunyai satu.
Pertubuhan Sepanyol dan Latino mendominasi 10 teratas tahun ini, dengan restoran Madrid Diverxo di tempat keempat, Maido Lima di tempat kelima, Quintonil Mexico City di tempat ketujuh, dan restoran stik Don Julio di Buenos Aires di tempat ke-10. - AFP