fb fb fb fb fb

Kemalangan trem di Kemerevo, seorang maut

FOTO REUTERS

MOSCOW, 6 Jun - Seorang maut dan berpuluh-puluh termasuk lima kanak-kanak cedera selepas dua trem bertembung di bandar Kemerevo, Siberia, Rusia, kata kementerian kesihatan wilayah pada Khamis.

"Malangnya seorang meninggal dunia," kata seorang pegawai kanan di kementerian kesihatan wilayah,
Alexei Kuznetsov.

"90 orang cedera, termasuk lima kanak-kanak," katanya.

Menurut imej yang disiarkan di media Rusia, sebuah trem kelihatan hilang kawalan semasa menuruni bukit dan merempuh satu lagi trem yang sedang berhenti untuk mengambil penumpang.

Kemerevo ialah sebuah bandar dengan kira-kira 540,000 penduduk yang terletak di barat Siberia, di wilayah perlombongan arang batu utama yang dikenali sebagai Kuzbass. - AFP

TETITIA YUSOFF