fb fb fb fb fb

Hizbullah lancar fasa baharu serang Israel

Kepulan asap, kesan serangan udara Israel yang menyasarkan Khiam, selatan Lubnan/ AFP

BEIRUT, 18 Oktober- Kumpulan pejuang Hizbullah melancarkan fasa baharu dalam peperangan menentang Israel dengan menggunakan peluru berpandu tepat buat kali pertama.

Pengumuman itu dibuat selepas tentera Israel mendakwa telah membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.

Hizbullah menerusi kenyataan berkata pejuangnya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang pencerobohan darat askar Israel di selatan Lubnan.

Kumpulan pejuang itu turut memaklumkan serangan terhadap Israel telah meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini.

"Serangan roket terus meningkat dari hari ke hari, dengan peluru berpandu tepat yang digunakan buat kali pertama.

Terdahulu, Ahli Parlimen Hizbullah Hassan Fadlallah berkata bahawa tentera Israel tidak menguasai sepenuhnya mana-mana kawasan di selatan Lubnan.

Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan udara Israel di Beirut pada 27 September.

Israel telah menyerang selatan dan timur Lubnan, kawasan yang dikuasai Hizbullah sejak peperangan besar meletus pada 23 September lalu.-AFP

ROSLINA BINTI DIN