fb fb fb fb fb

Helikopter tentera terhempas

(FOTO HIASAN)

BAMAKO, 24 April- Sebuah helikopter tentera Mali terhempas pada Sabtu di kawasan perumahan di ibu negara Bamako.

Insiden itu menyusuli serangan hendap awal Sabtu ke atas misi bekalan tentera di utara negara Sahel yang bergolak itu.

"Sekitar jam 1.10 petang, sebuah helikopter penyerang angkatan tentera Mali, yang pulang dari misi operasi, terhempas di kawasan perumahan Bamako", kata Staf Am Angkatan Tentera dalam satu kenyataan.

Ia memetik beberapa anggota berada dalam helipkopter namun tidak dipastikan berapa ramai mangsa

Mali telah bergelut dengan krisis keselamatan sejak pemberontakan meletus di utara negara itu pada 2012.

Seorang pegawai tentera berkata nahas itu berlaku di daerah Missabougou.

Seorang pegawai polis memberitahu AFP kawasan itu telah dikepung.

"Helikopter itu kembali dari sempadan Mauritania di mana ia telah campur tangan terhadap pejuang kumpulan miltan, skata atu lagi sumber tentera, kepada AFP.

Tentera Mali tidak memberikan butiran operasi tetapi pegawai tempatan di bandar Nara di utara Mali berkata serangan telah berlaku pada pagi Sabtu.

"Misi bekalan Angkatan Bersenjata Mali telah diserang hendap hanya 10 kilometer dari Mourdiah di jalan ke Nara", kata kerajaan wilayah, sambil menambah bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan lagi.

Pada hari Selasa, delegasi rasmi telah diserang hendap berhampiran Nara. Ketua kakitangan presiden peralihan Mali dan sekurang-kurangnya dua yang lain maut dalam serangan itu, yang didakwa oleh Jama'at Nasr al-Islam wal Muslimin (JNIM) yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

Awal pagi Sabtu, suspek militan menyerang kem tentera di Sevare, tengah Mali, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 60 yang lain, menurut pegawai wilayah.

Pasukan pelampau yang bergabung dengan Al-Qaeda dan kumpulan Daesh itu telah meningkatkan operasi mereka ke Mali tengah dan negara jiran Niger dan Burkina Faso.

Beribu-ribu orang awam, polis dan tentera telah terbunuh di seluruh wilayah, dan lebih daripada dua juta telah meninggalkan rumah mereka.

Negara Sahel telah diperintah oleh tentera sejak Ogos 2020.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu