fb fb fb fb fb

Polis jumpa 21 mayat pengikut ajaran sesat mati kelaparan

(FOTO TWITTER)

NAIROBI, 23 April- 21 mayat ditemukan hasil daripada penggalian beberapa kubur tanpa tanda di Kenya dalam siasatan terhadap ajaran sesat yang pengikutnya dipercayai mati kelaparan, kata sumber polis pada Sabtu.

Pegawai penyiasat sebelum ini melaporkan tujuh kematian berhubung penyiasatan di timur Kenya berikutan penahanan Makenzie Nthenge, yang dilaporkan memberitahu pengikutnya supaya berlapar untuk "bertemu Jesus”.

“Secara keseluruhannya sejak semalam, kami mempunyai 21 mayat,” kata sumber polis kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, merujuk kepada penggalian di hutan Shakahola di luar bandar pesisir pantai Malindi.

"Kami tidak pasti sama ada akan menemukan lebih banyak mayat," tambah sumber itu.

Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak adalah antara mangsa, kata satu sumber polis.

Nthenge, pemimpin Good News International Church menyerahkan dirinya kepada polis dan didakwa bulan lalu,  selepas dua kanak-kanak mati kelaparan dalam jagaan ibu bapa mereka.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin 100,000 syiling Kenya (AS$700).

Polis melaporkan penahanannya pada 15 April selepas menemui mayat empat pengikutnya yang dilaporkan disuruh berlapar untuk bertemu Jesus.

Polis Kenya berkata pada hari Jumaat bahawa mereka telah menemukan tiga lagi mayat.

Sebelas lagi pengikut, tujuh lelaki dan empat wanita dibawa ke hospital, tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, selepas diselamatkan pada 14 April.

Polis melancarkan operasi mencari di hutan itu selepas menerima maklumat kematian mengenai “pengikut yang mati kelaparan dengan alasan bertemu Jesus selepas dicuci otak" oleh Nthenge.-AFP


(Ketua ajaran sesat, Makenzie Nthenge)

Media Baharu