fb fb fb fb fb

Bintang gimnastik AS, Simone Biles nikahi pemain NFL

(FOTO TWITTER Simone Biles)

WASHINGTON, 23 April- Bintang gimnastik AS Simone Biles dan pemain NFL Houston Texas, Jonathan Owens mengumumkan perkahwinan mereka pada Sabtu dengan gambar hari istimewa mereka disiarkan di media sosial.

Ia merupakan pengakhiran yang menggembirakan untuk Biles, juara keseluruhan Olimpik Rio 2016 serta juara seluruh dunia lima kali, dan Owens, yang menandatangani kontrak untuk pasukan Texas pada 2019.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Februari tahun lalu.

"Saya secara rasmi bergelar isteri kepada Owens,” Biles menyiarkan pada akaun Instagramnya, di mana namanya kini Simone Biles Owens.

Biles memenangi empat pingat emas Olimpik di Rio, turut membantu pasukannya menggungguli acara berpasukan

Biles beraksi di Sukan Olimpik Tokyo sebagai pilihan tetapi menarik diri daripada kebanyakan acaranya kerana kebimbangan kesihatan mental dan keselamatan.

Biles memenangi pingat perak dalam acara berpasukan dan gangsa batang titian di Tokyo.

Dia memenangi 25 pingat kejohanan dunia, 19 daripadanya emas, dan menerima pingat Presidential Medal of Freedom daripada Joe Biden tahun lepas.-AFP


(FOTO TWITTER Simone Biles)

Media Baharu