MOSCOW, 25 Julai- Sebuah helikopter tentera Mi-28 terhempas di barat daya Rusia, mengorbankan anak kapal, kata dua agensi berita Rusia pada Khamis.
"Sebuah helikopter tentera Mi-28 terhempas di wilayah Kaluga... anak kapal maut," kata agensi berita TASS, memetik sumber di kementerian pertahanan.
"Menurut maklumat awal, kerosakan teknikal menyebabkan bencana itu," kata agensi berita Interfax, memetik kenyataan kementerian pertahanan.
Ia terhempas di dalam hutan kira-kira 150 kilometer dari sempadan Ukraine, kata seorang pegawai tempatan kepada TASS.- AFP