fb fb fb fb fb

Helang emas mati rempuh lori tangki di China

Helang emas yang jatuh atas jalan raya dan berjaya terbang semula namun mati selepas merempuh sebuah lori/ Reuters

FUJIAN, 1 September- Seekor helang emas mati selepas merempuh sebuah lori tangki dalam insiden di wilayah Fujian, tenggara China.

Kejadian itu dirakam pada 23 Ogos lalu apabila burung berkenaan dilihat jatuh ke atas jalan raya dalam keadaan lemah.

Seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut cuba membantu dengan menggalakkan helang itu terbang semula.

Burung berkenaan berjaya mengembangkan sayap dan terbang, namun tidak lama kemudian ia melanggar bahagian hadapan lori tangki minyak.

Rakaman berkenaan tular di media sosial China dengan ramai netizen bertanyakan nasib helang itu.

Pihak yang merakam video kemudian mengesahkan burung berkenaan mati, sekali gus mengundang rasa simpati dan kesal orang ramai. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA