TOKYO, 28 Oktober- Harga minyak menjunam pada hari Isnin di awal dagangan Asia.
Ia susulan kelegaan para pedagang berhubung serangan Israel pada Sabtu terhadap sasaran ketenteraan di Iran tidak melibatkan kemudahan minyak negara tersebut.
Harga minyak North Sea Brent untuk penghantaran Disember jatuh sebanyak 4.02 peratus kepada AS$72.99, manakala West Texas Intermediate (WTI) merosot 4.17 peratus kepada AS$68.79.-AFP