fb fb fb fb fb

Harga minyak melonjak ekoran konflik Palestin-Israel

(FOTO HIASAN)

HONG KONG, 9 Oktober- Harga minyak melonjak lebih 4% semalam selepas Israel dan Palestin bertempur pada hujung minggu, mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kejutan bekalan dari wilayah kaya minyak mentah itu.

Brent melonjak 4.7% kepada AS$86.65 dan West Texas Intermediate naik 4.5% kepada AS$88.39 dalam dagangan awal Asia.

Kenaikan mengejut jelas disebabkan pengisytiharan perang Israel dan akibatnya, lebih 1,000 terkorban selain dan menimbulkan kebimbangan bahawa konflik berpotensi meluas menjejaskan Amerika Syarikat dan Iran.

"Kunci bagi pasaran ialah sama ada konflik itu kekal dibendung atau merebak hingga melibatkan wilayah lain, khususnya Arab Saudi," kata Brian Martin dan Daniel Hynes dari Kumpulan ANZ.

"Sekurang-kurangnya pada mulanya, pasaran menganggap keadaan akan kekal terhad dalam skop, tempoh dan akibat harga minyak. Tetapi turun naik yang lebih tinggi boleh dijangka."

Krisis itu berlaku berikutan harga minyak telah meningkat ekoran kebimbangan bekalan yang disebabkan oleh pengurangan pengeluaran oleh Rusia dan Arab Saudi, yang mencetuskan kebimbangan baharu tentang inflasi global.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu