fb fb fb fb fb

12 warga Thai terbunuh dalam konflik Palestin-Israel

(FOTO AFP)

BANGKOK, 9 Oktober- Thailand mengesahkan seramai 12 rakyatnya terbunuh dalam konflik antara Israel dan pejuang Hamas , di mana kerajaan itu hari ini sedang menyediakan rancangan untuk memindahkan warganegaranya.

Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke, berkata, kedutaan Thailand di Israel memperoleh maklumat mengenai kematian daripada majikan mangsa.

Menurutnya, lapan lagi rakyat Thailand cedera dan 11 ditawan sejak perang meletus apabila Hamas melancarkan serangan besar-besaran pada Sabtu.

Menurut Kementerian Buruh terdapat kira-kira 30,000 pekerja Thailand bekerja di Israel, dengan kebanyakan mereka bekerja dalam bidang pertanian.

Menteri Buruh, Phiphat Ratchakitprakarn berkata, tentera Israel mula memindahkan pekerja dari zon bahaya.

"Terdapat 1,099 rakyat kita mendaftar untuk pulang ke tanah air.

"Kita mempunyai kira-kira 5,000 buruh yang bekerja di zon pertempuran," katanya dalam satu wawancara di televisyen Thailand.

Kanchana berkata, Kementerian Luar berkata, pesawat tentera utara Thailand sedang bersiap sedia untuk membawa pulang rakyat, walaupun tarikh dan perincian lain mengenai sebarang pemindahan masih belum dimuktamadkan.

Lebih daripada 1,100 orang terbunuh dalam konflik di Israel dan Gaza dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran negara bersiap sedia menghadapi pertempuran 'panjang dan sukar'. -AFP


(Lebih daripada 1,100 orang terbunuh dalam konflik di Israel dan Gaza/ AFP)

Media Baharu