fb fb fb fb fb

Suasana pilu semasa upacara pembakaran mangsa tembak di Thailand

NONTHABURI, 8 Oktober- Suasa pilu menyelubungi upacara pembakaran mayat Moe Myint seorang warga Burma antara yang terbunuh dalam serangan tembakan di sebuah pusat beli-belah Bangkok, Thailand.

Orang ramai kelihatan sedih dan berduka semasa menghadiri upacara itu.

Moe Myint, 31, merupakan salah seorang daripada dua yang terbunuh akibat tembakan yang dilakukan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di pusat beli-belah mewah Siam Paragon pada Selasa.

Lima cedera dalam tembakan rambang itu dan ratusan pembeli panik terus ke pintu keluar ketika bunyi tembakan kedengaran.

Menurut polis penembak itu mengalami gangguan psikologi dan telah didakwa melakukan pembunuhan terancang selain memiliki senjata api secara haram dan pertuduhan lain.

Ibu mangsa Khin Win terbang dari Myanmar untuk upacara itu yang dialkukan dalam adat Burma yang diarak dan diketuai seorang sami.

Majikan Moe Myint, Aksorn Chantarojvanich, yang menghadiri pengebumian, berkata dia akan menyediakan keluarga 10,000 baht ($270) sebulan sepadan dengan kiriman wang yang dihantar Moe Myint kepada keluarganya.

Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong berjanji, "kami akan memastikan proses yang adil, memberikan sokongan kepada mangsa, dan mengendalikan hal ehwal keluarga si mati dengan penuh berhati-hati."

Kerajaan telah mengeluarkan surat kepada bapa suspek dan berkata keluarganya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Kami memohon maaf kepada mangsa terlibat," tulis bapa suspek itu. “Saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan memohon maaf kepada semua.”- REUTERS

(

 

 

Media Baharu