fb fb fb fb fb

Harga makanan dunia jatuh 20.5 peratus sejak Mac 2022

(FOTO AFP)

PARIS, 7 April-Harga makanan dunia masih tinggi tetapi telah jatuh sebanyak 5 peratus berbanding tahun lalu apabila harga makanan melonjak ke paras tertinggi pada Mac lalu selepas Rusia menyerang Urkraine yang merupakan pembekal terbesar gandum dan minyak masak kepada dunia menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Kejatuhan harga sebanyak 20.5 peratus sejak Mac tahun lalu merupakan kejatuhan buat kali ke-12 berturut-turut kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Namun, FAO ketika mengeluarkan data terbaharu yang menjejaki perubahan makanan secara bulanan berkata harga kekal tinggi bagi negara-negara membangun yang bergantung kepada pengimportan komoditi.

FAO turut mendedahkan penanda aras kejatuhan harga makanan dunia didorong oleh penurunan harga bijirin dan minyak sayur.

Disamping itu, permintaan import yang lemah dan lanjutan Perjanjian bjirin Laut Hitam turut menyumbang kepada kejatuhan harga.

FAO turut berkata pada Jumaat bahawa indeks harga harganya yang menjejaki perubahan bulanan dalam harga antarabangsa sekumpulan komoditi makanan jatuh kepada 2.1 peratus pada penghujung Februari dan secara keseluruhannya indeks harga makanan telah merosot sebanyak 20.5 peratus sejak Mac 2022.

"Harga makanan kekal tinggi dan meningkat dalam pasaran domestik terutama bagi negara membangun yang terus bergelut berikutan kadar tukaran asing yang lemah", kata ketua ekonomi FAO Maximo Torero dalam satu kenyataan.-AFP


(FOTO AFP)

 

Media Baharu