fb fb fb fb fb

Hapus perkampungan Huwara, AS selar kenyataan Israel

(Foto REUTERS)

AMERIKA SYARIKAT, 3 Mac- Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Menteri Kewangan Israel untuk menghapuskan perkampungan Huwara di Palestin.

Jurucakap Jabatan Negara Ned Price menyifatkan tindakan Israel itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menjijikan.

"Perdana Menteri Israel dan pegawai kanan yang lain digesa membantah kenyataan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Menteri Kewangan Bezalel Smotrich berkata Huwara harus dihapuskan selepas keganasan yang meletus susulan insiden terbabit.

Polis Israel sebelum ini telah menahan 10 individu kerana disyaki terlibat dalam serangan Huwara yang menyebabkan seorang rakyat Palestin dibunuh.

Ini berikutan serangan senjata api Palestin yang membunuh dua warga Israel. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu