fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Vanuatu

(Foto Hiasan)

SYDNEY, 3 Mac- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda Kepulauan Vanuatu pada awal pagi tadi.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.

"Pusat gempa berada di bawah laut di luar pulau utama Espiritu Santo, kira-kira lima batu barat daya Port Olry, pada kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran bermagnitud 5.4 turut melanda bawah tanah selepas gempa pertama itu," katanya menerusi kenyataan.

Januari lalu, gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Espiritu Santo.

Ia menyebabkan penduduk kampung melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.

Tiada kerosakan teruk susulan gempa terbabit. -AFP


(Foto Facebook U.S Geological Survey (USGS))

Media Baharu