NEW YORK, 25 Mei- Jeti sementara yang dibina AS di pantai Gaza telah menerima sebanyak 97 trak bantuan sejak operasi ia memulakan operasinya seminggu lalu.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric bagaimanapun mengakui ia adalah permulaan yang sukar.
Presiden Joe Biden berkata pada bulan Mac, jeti itu akan dibina untuk mengurangkan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas penghantaran melalui darat ke Semenanjung Gaza.
Dalam beberapa hari pertama penghantaran, orang ramai menyerbu beberapa trak yang menuju ke gudang.
"Terdapat beberapa trak di mana orang, seperti yang kami katakan, mengagihkan sendiri, tetapi trak itu sendiri berjaya tiba ke lokasi," kata Dujarric.
"Selepas permulaan yang sukar, keadaan menjadi stabil."
"Apa yang kami mahu lihat, seperti yang kami katakan, adalah bantuan besar-besaran yang masuk melalui laluan darat."-AFP