GAZA, 16 September – Hamas memberi amaran bahawa serangan darat Israel yang berterusan di Gaza City bukan sahaja mengancam nyawa rakyat Palestin, tetapi juga menjejaskan keselamatan tentera Israel yang ditawan.
“Pemusnahan sistematik dan kempen pembasmian fasistik yang sedang berlaku di Gaza City turut mengancam nyawa askar Israel yang menjadi tawanan,” kata Hamas dalam kenyataan di Telegramnya.
Hamas turut mengecam Presiden AS Donald Trump kerana didakwa mengamalkan "dwistandard" berhubung operasi tentera Israel, isu tahanan serta jumlah korban awam di Gaza.
“Hidup tawanan Israel di Gaza adalah tanggungjawab penuh Netanyahu.
"Pentadbiran AS juga bertanggungjawab langsung terhadap peningkatan perang pembasmian di Gaza menerusi sokongan dan dasar penipuan mereka,” tambah kenyataan itu. -REUTERS