fb fb fb fb fb

Hamas runding perjanjian gencatan senjata fasa kedua di Kaherah

Harapan penduduk Gaza meneruskan kelangsungan hidup menerusi fasa kedua perjanjian damai/AFP

KAHERAH, 24 November – Hamas mengadakan perbincangan dengan Ketua Perisikan Mesir Hassan Rashad, mengenai perjanjian gencatan senjata Gaza fasa kedua di Kaherah pada Ahad.

Menurut kenyataan kumpulan pejuang itu, Hamas komited melaksanakan fasa pertama perjanjian, sambil menekankan kepentingan menghentikan pencerobohan Israel.

"Fasa kedua perjanjian turut dibincangkan," kata ketua perunding utama Hamas, Khalil al-Hayya yang tiba di Kaherah pada Sabtu.

Fasa kedua rancangan gencatan senjata Gaza melibatkan pelucutan senjata Hamas, penubuhan pihak berkuasa peralihan, dan penempatan pasukan pemulihan antarabangsa.

Menerusi perjanjian itu, Hamas dikecualikan daripada diberikan peranan dalam pemerintahan masa depan wilayah itu di bawah pelan AS.

Israel dan Hamas saling menuduh melanggar gencatan senjata yang berkuat kuasa 10 Oktober lepas.

Ketegangan di Gaza terus berlanjutan.

Serangan udara Israel pada Sabtu mengakibatkan 21 terbunuh dan puluhan cedera.

Hamas juga risau tentang nasib pejuang mereka di Rafah, selatan Gaza, dengan laporan media menyebut sehingga 200 pejuang terperangkap dalam terowong di bawah kawasan yang kini dikawal semula oleh tentera Israel.

"Rundingan di Mesir diharap memberi peluang untuk melanjutkan perjanjian gencatan senjata dan menstabilkan situasi di Gaza, walaupun isu pelucutan senjata dan kawalan wilayah masih menjadi penghalang utama," kata Khalil dalam satu kenyataan. -AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ