KAHERAH, 7 Ogos - Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka, kata kumpulan itu pada Selasa.
Yahya menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Baharu Iran pada 31 Julai.
“Hamas mengumumkan pemilihan Panglima Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik pergerakan itu, menggantikan Komander Ismail Haniyeh yang syahid, semoga Allah merahmatinya,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan ringkas.
Berita mengenai pelantikan itu, hadir ketika Israel bersiap sedia untuk kemungkinan serangan dari Iran berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, disambut dengan salvo roket dari Gaza daripada kumpulan pejuang yang masih memerangi tentera Israel di kawasan yang dikepung.
“Pelantikan itu bermakna Israel perlu berhadapan dengan Yahya Sinwar mengenai penyelesaian kepada perang Gaza,” kata seorang diplomat serantau.
"Ia adalah mesej ketangguhan, dan ia tidak berkompromi."-REUTERS