fb fb fb fb fb

Hamas mahu gencatan senjata menyeluruh, bukan sementara

FOTO AFP

PALESTIN, 30 Januari- Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mahukan gencatan senjata yang lengkap serta menyeluruh di Gaza dan bukan bersifat sementara.

Pemimpin kanannya, Taher al-Nunu berkata, butiran selebihnya boleh dibincangkan sebaik pertempuran dihentikan.

"Pertama sekali, kami bercakap mengenai gencatan senjata yang lengkap dan menyeluruh, dan bukan gencatan senjata sementara.

"(Selepas itu) butiran selebihnya boleh dibincangkan termasuk pembebasan tebusan," katanya.

Qatar bersama Mesir dan Amerika Syarikat mengetuai usaha pengantaraan sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu antara Hamas dan penjajah Israel.

Serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 26,637 orang yang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan remaja. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA