fb fb fb fb fb

Hamas bebaskan dua 'tebusan' AS

(FOTO chicago.suntimes.com)

GAZA, 21 Oktober - Kumpulan pejuang Hamas membebaskan dua tebusan yang diculik ketika serangan kumpulan pejuang itu di selatan Israel pada 7 Oktober lalu, menurut Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Jumaat.

Kedua-duanya, merupakan ibu dan anak perempuan, Judith dan Natalie Raanan dibawa dari Nahal Oz Kibbutz berhampiran sempadan Gaza dan menuju ke pengkalan tentera di tengah Israel, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Netanyahu.

Sumber media di Amerika Syarikat (AS) menyatakan kedua-dua warga AS itu berasal dari Evanston, Illinois, pinggir Chicago.

Mereka merupakan tebusan pertama yang dibebaskan oleh pejuang Hamas sejak konflik Hamas-Israel dua minggu lalu yang telah mengorbankan 1,400 rakyat kebanyakannya orang awam.

Jurucakap sayap pejuang Hamas, Abu Ubaida berkata tebusan dibebaskan susulan usaha perundingan yang dilakukan oleh Qatar.

Selain itu, Abu Ubaida juga menyatakan pembebasan kedua-dua tebusan itu adalah kerana kemanusiaan, selain untuk memberi bukti kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa tuduhan Presiden Joe Biden dan sekutu jahatnya sebagai pembohongan dan tidak berasas.-REUTERS

rtm
(FOTO chicago.suntimes.com)

Media Baharu