fb fb fb fb fb

Gunung Marapi di Indonesia meletus lagi, muntahkan abu

FOTO REUTERS

AGAM, 13 Disember- Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia dilapor meletus lagi dan memuntahkan abu ke udara hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Agensi Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan berkata, muntahan abu tersebut adalah pada skala kecil.

Penduduk tempatan di sebuah kampung berhampiran Marapi dilihat masih melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Minggu lalu, seramai 23 orang pendaki maut akibat letusan gunung berapi tersebut.

Marapi setinggi 2,891 meter (m) merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di Sumatera.

Ia berada di wilayah disebut sebagai 'Ring of Fire' Pasifik yang merupakan rumah bagi lebih 100 gunung berapi aktif. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA