fb fb fb fb fb

Gunung Berapi Kanlaon keluarkan abu setinggi 600 meter

FOTO REUTERS

MANILA, 11 September- Gunung Berapi Kanlaon di wilayah tengah Filipina mengeluarkan kepulan abu setinggi kira-kira 600 meter dari kawah puncaknya awal pagi semalam.

Rakaman kamera pemantauan mencatatkan letusan itu berlaku pada pukul 5.10 pagi, memaparkan kepulan kelabu tebal yang naik ke udara.

Pihak berkuasa mengekalkan Status Amaran Tahap 2, menandakan aktiviti sederhana dengan potensi ancaman berbahaya di sekitar kawasan puncak.

Orang ramai dan pelancong diingatkan supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan susulan aktiviti berterusan gunung berapi tersebut. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA