fb fb fb fb fb

Gunung berapi di Iceland meletus kali keempat sejak Disember lalu

Pihak berkuasa Iceland mengisytiharkan perintah darurat, susulan letusan baharu gunung berapi di Semenanjung Reykjanes / Foto AFP

REYKJAVIK, 18 Mac - Pihak berkuasa Iceland mengisytiharkan perintah darurat, susulan letusan baharu gunung berapi di Semenanjung Reykjanes.

Letusan itu merupakan kali keempat sejak Disember lalu.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) dalam kenyataan memaklumkan, letusan gunung berapi itu bermula antara kawasan Stora Skogfell dan Hagafell di Semenanjung Reykjanes.

Menurut IMO, lava kelihatan mengalir ke selatan ke arah benteng yang dibina untuk melindungi perkampungan nelayan di Grindavik.

Letusan di Semenanjung Reykjanes itu juga menimbulkan kebimbangan terhadap loji kuasa Svartsengi yang membekalkan elektrik dan air kepada kira-kira 30,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Iceland merupakan rumah kepada 33 sistem gunung berapi aktif, bilangan tertinggi di Eropah.

Ia merentasi Permatang Atlantik Tengah, rekahan di dasar lautan yang memisahkan plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara.

Tetapi sehingga Mac 2021, semenanjung Reykjanes tidak pernah mengalami letusan selama lapan abad.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN