fb fb fb fb fb

GSF: Ribuan pro-Palestin berhimpun di Barcelona tuntut pembebasan aktivis

Foto VIORY

BARCELONA, 5 Oktober - Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di Barcelona pada Sabtu bagi menuntut pembebasan aktivis yang ditahan selepas Israel memintas flotila ke Gaza awal minggu ini.

Orang ramai dilihat berkumpul berhampiran Arc de Triomf, mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk bertulis, "Dalam kesaksian kami, gema Gaza, tuntutan Palestin".

Beberapa penyokong turut menyertai perhimpunan dari dalam teksi dengan membunyikan hon sebagai tanda solidariti.

Majlis Bandaraya Barcelona menganggarkan kira-kira 70,000 orang menghadiri perhimpunan itu.

Demonstrasi serupa turut diadakan di bandar-bandar lain di Eropah selepas 42 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh Israel, termasuk aktivis terkenal seperti Greta Thunberg dan Mandla Mandela.

Kementerian Luar Palestin mengecam tindakan Israel sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa, manakala protes menyokong flotila tercetus di seluruh dunia.

Menurut pihak penganjur, flotila berusaha menembusi sekatan Israel bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. -VIORY

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM