THESSALONIKI, 6 April - Seorang maut dan tiga lagi cedera parah dalam sebuah letupan di wad COVID-19 di salah sebuah hospital utama Greece pada Rabu.
Pengarah unit rawatan rapi hospital Papanikolaou, Nikos Kapravelos memberitahu AFP berkata, selain seorang terbunuh, seorang pesakit melecur teruk manakala dua lagi cedera parah akibat terhidu asap kebakaran.
"Kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat dan semua orang melompat keluar...kami tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku sebelum ini," kata seorang kakitangan di hospital Papanikolaou di bandar utara daerah itu.
Menurut siasatan, seorang pesakit menyalakan rokok di wad berkenaan sehingga menyebabkan letupan melalui bekalan oksigennya.
Menurut anggota bomba, pihaknya menemui seorang mayat di tingkat dua.
Sementara itu, rakaman televisyen juga merakamkan dua tingkap turut pecah di bahagian belakang bangunan selain asap kelihatan berkepul-kepul di luar bangunan hospital tersebut.
Seorang doktor yang menyaksikan kejadian tersebut melihat seorang lelaki terbakar manakala seorang pesakit cuba membantu mangsa.
Dalam kejadian itu, hampir 40 pesakit terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.
Sebanyak 30 anggota bomba dan 11 jentera dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadam dan mengawal kebakaran itu. - AFP