fb fb fb fb fb

6 cedera bom tangan dilemparkan dalam masjid di Afghanistan

KABUL, 6 April - Enam orang cedera dalam letupan bom tangan di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan pada Rabu, kata pegawai polis.

Insiden berlaku beberapa minit selepas jemaah menunaikan solat fardu zuhur pada bulan suci Ramadan.

Serangan terhadap sasaran awam telah berkurangan sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu.

(Masjid Pul-e-Khisti di tengah ibu kota Afghanistan pada tahun lalu/FOTO AFP)

Jemaah, Mohammed Yasin berkata kepada AFP, letupan berlaku apabila mereka telah selesai solat dan sedang menuju keluar dari masjid berkenaan.

Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata, sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam masjid Pul-e-Khisti dan menahan seorang suspek di tempat kejadian. - AFP

Media Baharu