fb fb fb fb fb

Google labur AS$1 bilion Dolar di Thailand

foto AFP

BANGKOK, 1 Oktober - Google merancang untuk melabur AS$1 bilion Dolar untuk membina infrastruktur digital di Thailand, termasuk pusat data baharu.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu memaklumkan, langkah berkenaan akan mewujudkan 14,000 peluang pekerjaan antara 2025 hingga 2029 di Negara Gajah Putih.

Hab baharu akan dibangunkan di Bangkok dan kawasan perindustrian Chonburi.

Ia bertujuan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengkomputeran awan di Asia Tenggara.

"Pelaburan tersebut akan memperkasakan perniagaan, inovator dan komuniti Thailand untuk memanfaatkan kuasa teknologi awan dan AI," kata Ruth Porat, Presiden dan ketua pegawai pelaburan Google dan syarikat induknya, Alphabet INC.

Pengembangan Google di Thailand akan menambah AS$4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2029. - AFP -

Trainee