fb fb fb fb fb

Golongan muda Thai mempersoalkan monarki mahu memenangi kerusi parlimen

(FOTO FAIL/ REUTERS)

PATHUM THANI, 19 April- Chonthicha "Lookkate" Jangrew berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya Thailand yang bakal diadakan pada 14 Mei.

Ini meskipun beliau mungkin berdepan dengan hukuman penjara atas tuduhan menghasut dan memfitnah Raja negara itu semasa bantahan meletus pada 2020.

Wanita berusia 30 tahun itu adalah antara berpuluh-puluh aktivis daripada gerakan bantahan yang diterajui oleh pelajar.

Mereka kini akan bertanding sebagai calon dalam pilihan raya terbabit.

Mereka mahu mempertikaikan peranan Raja secara terbuka.

Raja Maha Vajiralongkorn dihormati di bawah perlembagaan negara terbabit.

Penghinaan terhadap keluarga diraja dianggap sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang ketat negara itu, yang dikenali sebagai "lese majeste".

Kesalahan terbabit membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Melaksanakan perubahan pada undang-undang terbabit adalah sebahagian daripada platform Parti Progresif Lookkate.

Kempen terbabit bermatlamat untuk mengurangkan hukuman yang dijatuhkan atasi kesalahan menghina keluarga diraja beraja dan bagaimana ia diguna pakai.

"Jika anda mahu membuat perubahan di Thailand, anda tidak boleh bergantung kepada bantahan jalanan atau hanya di parlimen saja," tegas Lookkate kepada agensi berita Reuters dalam satu wawancara ketika beliau sedang berehat daripada berkempen di Pathum Thai.

"Kedua-dua laluan itu perlu bergerak seiring ke hadapan," ujarnya. - REUTERS


(Foto fail menunjukkan penunjuk perasaan menunjukkan tabik hormat tiga jari semasa perhimpunan
prodemokrasi menuntut Raja Thailand Maha Vajiralongkorn menyerahkan kembali aset diraja kepada
rakyat dan reformasi di monarki, di Bangkok, Thailand, 25 November 2020/ REUTERS)

Media Baharu