fb fb fb fb fb

Pemimpin Korea Utara arah lancar satelit pengintip

(Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un /AFP)

SEOUL, 19 April- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mengarahkan pegawainya untuk melancarkan satelit pengintip pertama negara itu seperti yang dirancang.

Pelancaran itu katanya adalah bagi meningkatkan keupayaan peninjauan negara, sebagai keutamaan utama untuk menentang 'ancaman' Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Disember lalu, Korea Utara menjalankan ujian 'fasa terakhir yang penting' untuk pembangunan satelit pengintip dan berkata akan menyelesaikan pelancarannya menjelang April ini.

Ketika lawatan ke agensi pembangunan angkasa lepas negara semalam, Jong-un menggesa satelit itu dilancarkan seperti yang dirancang.

Beliau turut mengarahkan penggunaan beberapa satelit peninjau untuk meningkatkan keupayaan pengawasan negara.

Selepas ujian yang dijalankan Disember lalu, di mana Korea Selatan dan Jepun mendakwa negara itu menggunakan dua peluru berpandu balistik jarak pertengahan.

Korea Utara kemudian mengeluarkan imej hitam-putih ibu kota Seoul resolusi rendah dan bandar pelabuhan berdekatan Incheon yang didakwa diambil ketika pelancaran.

Lawatan Jong-un ke agensi Pentadbiran Pembangunan Angkasa Lepas Kebangsaan (NADA) dilakukan beberapa hari selepas Korea Utara menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dan bahan api pepejal baharu Jumaat lalu. - REUTERS


(Bendera Korea Utara berkibar di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Malaysia
9 Mac 2017/ REUTERS)

Media Baharu