fb fb fb fb fb

Lelaki ditahan selepas mandi dalam kandang badak di zoo New Zealand

(Tangkap layar dari media sosial menunjukkan seorang lelaki sedang mandi santai di kandang di Zoo Auckland)

WELLINGTON, 19 April- Seorang lelaki ditahan kerana didapati memecah masuk ke dalam kandang dan mandi di parit berhampiran dengan kandang badak sumbu dan rusa di sebuah zoo di New Zealand hari ini.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan mandi dengan mencuci muka dan membilas rambutnya di Zoo Auckland.

Menurut jurucakap Zoo Auckland, kandang terbabit adalah rumah kepada badak sumbu dan rusa iaitu sejenis rusa bertanduk melingkar.

"Haiwan berkenaan dikatakan terkejut dengan penceroboh berkenaan," katanya Lelaki berkenaan dikatakan berada di dalam air beberapa minit sebelum patuh pada arahan kakitangan zoo yang meminta beliau untuk keluar dari parit dan kembali ke laluan pelawat.

Lelaki berkenaan juga dibawa keluar dari premis dan diserahkan kepada pihak polis.

Pengarah Zoo Auckland, Kevin Buley berkata, beliau lega kerana tiada kecederaan pada haiwan atau pengunjung zoo itu susulan kejadian berkenaan.

"Kami berharap lelaki terbabit mendapat bantuan dan sokongan yang amat diperlukannya," katanya. - AFP


(Haiwan berkenaan dikatakan terkejut dengan penceroboh berkenaan/ AFP)

 

Media Baharu