fb fb fb fb fb

Golongan muda bersihkan sisa runtuhan, jalan di Kathmandu selepas protes anti rasuah

Sukarelawan membersihkan sisa runtuhan selepas beberapa hari protes anti rasuah berlaku di Kathmandu, Nepal/ Foto AFP

KATHMANDU, 10 September – Ratusan sukarelawan yang terdiri dari kebanyakannya golongan muda, berkumpul di pejabat Jabatan Pengurusan Pengangkutan Nepal pada Rabu untuk membersihkan sisa runtuhan selepas beberapa hari protes anti rasuah yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, K. P. Sharma Oli.

Mereka membersihkan pejabat, menyapu lantai serta jalan, mengumpul serpihan kaca dan perabot rosak ke dalam beg sampah sebelum dimuatkan ke dalam lori.

Protes tercetus selepas kerajaan mengumumkan larangan media sosial minggu lalu, yang kemudian ditarik balik pada Isnin (8 September) setelah polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Kementerian Kesihatan Nepal mengesahkan pada Rabu bahawa angka korban akibat protes meningkat kepada 25 orang, manakala 633 lagi dilaporkan cedera. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN