fb fb fb fb fb

Penduduk Karachi bimbang banjir akibat musim monsun berterusan

Seorang penduduk meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan susulan musim monsun di Karachi, Pakistan/ Foto REUTERS

KARACHI, 10 September - Penduduk Karachi melahirkan kebimbangan berikutan hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu yang menyebabkan jalan-jalan utama di bandar itu ditenggelami air.

Seorang penduduk, Sultan Mehmood berkata hujan tidak berhenti sejak malam Selasa, sekali gus mengakibatkan limpahan empangan dan banjir di kawasan rendah.

“Keadaan ini membimbangkan bukan sahaja penduduk, tetapi juga kerajaan dan seluruh negara,” katanya.

Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan memberi peringatan bahawa hujan lebat hingga sangat lebat dijangka berterusan dan boleh menyebabkan takungan air serta keadaan berbahaya di kawasan rendah. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN