PARIS, 4 September - Pereka fesyen tersohor Itali, Giorgio Armani, meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Armani merupakan pengasas rumah fesyen terkenal di Milan pada 1975 dikenali sebagai “raja fesyen mewah”.
Armani menghembuskan nafas terakhir yang dikelilingi insan tersayang.
Beliau turut diiktiraf sebagai pencetus fesyen permaidani merah dan mengembangkan empayarnya menerusi jenama Emporio Armani serta hotel mewah.
Pelakon Hollywood, Julia Roberts menyifatkan beliau sebagai “seorang sahabat sejati, seorang legenda,” manakala aktres Itali, Claudia Cardinale turut berdukacita dengan pemergian ikon fesyen antarabangsa itu.
Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala memaklumkan upacara pengebumian akan berlangsung Isnin ini sebagai hari berkabung.
Orang ramai berpeluang memberi penghormatan pada Sabtu dan Ahad di sebuah bilik khas di Milan.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dalam perutusan takziah menyifatkan Armani sebagai ikon yang “menginspirasikan dunia dengan elegan, kesederhanaan dan kreativiti,” serta simbol terbaik Itali di pentas antarabangsa.
Armani sebelum ini terpaksa membatalkan pertunjukan fesyen lelaki di Milan dan tidak menghadiri pertunjukan Armani Prive di Paris atas nasihat doktor. - AFP