fb fb fb fb fb

44 Palestin maut, Israel sasar Gaza City

Di Hospital Al-Shifa, mayat mangsa memenuhi ruang bilik mayat dibalut dengan kain putih/Foto AFP

GAZA CITY, 4 September - Sekurang-kurangnya 44 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel pada Khamis, termasuk 25 orang di Gaza City, menurut agensi pertahanan awam Palestin.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal berkata serangan terbaharu turut menyasarkan khemah penempatan keluarga pelarian di Tel al-Hawa, Gaza City, mengorbankan lima orang termasuk tiga kanak-kanak.

“Anak-anak saya menjerit ketakutan apabila serpihan bom jatuh ke atas khemah kami,” kata Israa al-Basous yang tinggal berhampiran lokasi serangan itu.

Di Hospital Al-Shifa, mayat mangsa memenuhi ruang bilik mayat dibalut dengan kain putih, sementara seorang ibu meratapi kehilangan anak lelakinya di atas pengusung.

Di kem pelarian Nuseirat di selatan Gaza, tujuh lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak maut dalam serangan udara berasingan.

Seorang penduduk, Yousef Suleiman berkata, serangan pada waktu subuh itu meragut nyawa anak saudaranya bersama isteri dan dua anak mereka.

Peperangan Gaza yang memasuki hampir dua tahun mengorbankan lebih 64,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN