GAZA CITY, 4 September – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak, terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas beberapa rumah musnah dibedil tentera Israel di kawasan Mashahra, Tuffah, Gaza City.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Arab Al-Ahli dalam keadaan berlumuran darah, sebahagiannya parah akibat serangan udara yang berlaku pagi tadi.
Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin, Mahmoud Basssal berkata orang awam tidak mempunyai tempat berlindung walaupun Israel mengeluarkan amaran pemindahan.
Serangan berterusan Israel sejak 10 Ogos lalu dikatakan bertujuan menumpaskan Hamas di Gaza City, namun strategi itu mengundang kritikan antarabangsa susulan krisis kemanusiaan yang semakin parah.
Sehingga kini, angka korban di Palestin melebihi 63,000 orang, kebanyakannya orang awam, wanita dan kanak-kanak. - REUTERS