fb fb fb fb fb

Gigit krew kabin, pesawat Jepun berpatah balik

Foto Reuters

TOKYO, 18 Januari - Sebuah pesawat All Nippon Airways (ANA) ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik ke Tokyo selepas salah seorang penumpang didapati mabuk dan menggigit krew kabin semasa penerbangan, kata syarikat penerbangan Jepun itu pada Rabu.

Penumpang itu, seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai warga Amerika, telah menggigit lengan anak kapal dan menyebabkannya cedera ringan, kata jurucakap ANA kepada AFP.

Insiden itu telah mendorong juruterbang pesawat yang membawa 159 penumpang itu berpatah balik ke lapangan terbang Haneda dan meyerahkan lelaki itu kepada polis, menurut ANA.

Penyiar Jepun TBS memetik penumpang itu memberitahu penyiasat bahawa dia "tidak ingat sama sekali" apa yang telah dilakukannya.

Insiden itu menyebabkan sebilangan pengguna media sosial menyamakannya sebagai seram olok-olok dengan "permulaan filem zombi".-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN