fb fb fb fb fb

Gencatan senjata di Gaza, Hamas hantar wakil ke Mesir untuk rundingan

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh memaklumkan delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat untuk membincangan mengenai gencatan senjata di Gaza / Foto Reuters

KAHERAH, 3 Mei - Usaha ke arah gencatan senjata di Gaza masih berlangsung. Terbaharu, Ketua Hamas, Ismail Haniyeh memaklumkan delegasinya akan ke Mesir dalam masa terdekat untuk membincangan perkara tersebut.

Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh bersedia mencapai satu persetujuan untuk memenuhi permintaan rakyat Palestin dan menghentikan serangan.

Perbincangan secara tidak langsung antara Israel dan Hamas telah berlangsung di Mesir dan Qatar.

Tumpuan utama perbincangan itu adalah untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak melibatkan pertukaran tawanan masing-masing.

Sebelum ini Tel Aviv percaya lebih 130 warga Israel ditahan di Gaza sementara Israel menahan kira-kira 9,100 warga Palestin di dalam penjaranya.

Mesir baru-baru ini memperbaharui usahanya untuk menolak rundingan yang terhenti antara Israel dan Hamas untuk bersetuju gencatan senjata di Gaza.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN