TURKIYE, 13 Februari - Ketua Pasukan MAS-10, Penguasa Kanan Bomba II, Abdul Manaf Che Isa memaklumkan, pasukan penyelamat negara berjaya membawa keluar 25 mayat dan lima mangsa gempa yang masih hidup setakat ini.
Ia termasuk tujuh mayat mangsa yang ditemui pada operasi di Nurdagi semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook NADMA, Abdul Manaf turut menunjukkan beberapa peralatan yang digunakan untuk misi SAR dan penempatan anggota penyelamat negara sebelum diaturgerak ke lokasi SAR seterusnya.
"Sebahagian daripada peralatan-peralatan menyelamat dan di bawa untuk penugasan sini di bumi Turkiye dan juga penginapan petugas 'rehab center' dan sebagainya di sini adalah sebahagian daripada ke anggotaan yang akan diatur gerak ke lokasi mencari dan menyelamat," katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, pasukan MAS-10 berjaya mengeluarkan 3 lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Nurdagi.
Mangsa ditemukan bersama pasukan penyelamat tempatan pada 12:50 tengah hari waktu tempatan.
Kesemua tiga mangsa berkenaan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas memecah dan memotong serpihan runtuhan dan bantuan ekskavator.