fb fb fb fb fb

Cuaca ekstrim, tidak putus semangat pasukan SAR negara di Turkiye

TURKIYE, 13 Februari - Motivasi dan semangat anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara berada pada tahap tinggi biarpun berdepan cuaca sejuk melampau di Nurdagi, Turkiye.

Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pasukan SAR negara juga telah dibekalkan barangan keperluan bagi menghadapi cuaca mencecah negatif 9 darjah pada waktu malam.


(Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Mohd Khairi Khairudin)

"Saya datang ke sini pun untuk berjumpa dengan team SMART yang bertugas disini seramai 140 orang disamping memberi sedikit motivasi dan kata-kata semangat supaya semua yang datang untuk misi ini mempunyai semangat untuk membantu dan bertugas demi negara Malaysia mencari mangsa-mangsa yang masih selamat.

"Saya tahu disini cuaca ekstrim, suhu cecah -9 dan mereka smeua harus bersedia dengan cabaran-caran sebegini," katanya selepas melawat pusat operasi pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi.

Pada lawatan berkenaan, Datuk Mohd Khairi dibawa meninjau khemah operasi dan diberi taklimat mengenai misi SAR yang dijalankan.

Media Baharu