fb fb fb fb fb

Bangunan Hamas di Gaza dibedil serangan udara Israel

GAZA, 13 Februari - Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada Isnin (13 Februari) sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari bandar Palestin itu pada hujung minggu lalu, menurut tentera.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan seorang individu terbunuh dalam serbuan tentera Israel sebelum waktu subuh di Nablus di utara Tebing Barat di mana tercetusnya pergolakkan sepanjang tahun lalu.

Bagaimanapun tentera Israel tidak memberi komen segera mengenai serbuan di Nablus.

Namun di Gaza, ia menyatakan, ia membedil "sebuah kompleks bawah tanah yang menempatkan bahan mentah yang digunakan dalam penghilangan roket yang dimiliki oleh pertubuhan pengganas Hamas".

Serangan itu dilancarkan "sebagai tindak balas terhadap roket yang dilepaskan dari Gaza ke Israel pada 11 Februari lalu," menurut tentera Israel dalam kenyataannya.

(Salah seorang penduduk Palestine memeriksa bangunan dewan perkahwinan yang musnah dibedil Israel/FOTO AFP)

Menyusuli serangan Israel, semboyan dibunyikan di kawasan-kawasan berdekatan sempadan Gaza, menurut tentera.

Tiada kematian dilaporkan di Gaza ataupun Israel selepas peluru berpandu dilancarkan baru-baru ini.

Konflik antara Israel dan Palestin semakin ganas.

Sejak awal 2023, konflik itu sudah meragut nyawa 47 dewasa dan kanak-kanak di Palestin, termasuk anggota bersenjata dan orang awam, disusuli kematian terkini di Nablus.

Berdasarkan sumber rasmi kepada AFP, sembilan warga Israel, termasuk tiga kanak-kanak, dan seorang warga Ukraine dibunuh pada tempoh yang sama.

Kabinet keselamatan Israel pada Sabtu mengumumkan, akan mengiktiraf sembilan petempatan Yahudi di Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap serangan maut terhadap Palestin di timur Baitulmaqdis. - AFP

Media Baharu