fb fb fb fb fb

Gempa di bandar Hualien

TAIWAN, 22 Jun - Gempa berukuran 6.0 pada skala ritcher melanda di timur Taiwan, 38 kilometer ke selatan bandar Hualien.

Tiada laporan kerosakan dan kecederaan dilaporkan buat masa ini.

Gempa itu mempunyai anggaran kedalaman 10 kilometer dan berlaku pada pukul 9.05 minit pagi waktu tempatan.

(FOTO FAIL)

Ketua Pusat Seismologi Biro Cuaca Taiwan, Chen Kuo-chang berkata gegaran susulan berlaku kira-kira setengah jam kemudian.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan. - AFP

Media Baharu