fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 landa pulau di timur Indonesia

Foto tangkap layar Google

JAKARTA, 21 Oktober – Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 melanda sebuah pulau di timur Indonesia pada Isnin, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi tersebut melanda Pulau Tapat, yang terletak di Laut Maluku, pada kedalaman 10 kilometer pada pukul 10:24 pagi waktu tempatan (0324 GMT), kata USGS.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan yang dilaporkan di pulau berpenduduk sekitar 50,000 orang itu.

Agensi meteorologi dan geofizik Indonesia mengesahkan, tiada ancaman tsunami daripada gempa tersebut.

Indonesia, yang merupakan sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami kejadian gempa bumi akibat kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN