fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Mayat pemain bola sepak ditemukan

(Foto AFP)

HATAY, 19 Februari- Bekas pemain antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemukan mati di bawah runtuhan rumahnya akibat gempa bumi, baru-baru ini.

Pengurusnya di Turkiye, Murat Uzunmehmet berkata mayat Atsu ditemukan di bawah runtuhan rumah pangsa yang runtuh di wilayah Hatay, selatan Turkiye.

"Kami telah membawa keluar mayat Atsu dan barang-barangnya dari runtuhan. Telefon bimbit Atsu turut ditemukan dalam runtuhan tersebut,"katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, terdapat laporan palsu mengatakan pemain Chelsea dan Newcastle itu diselamatkan sehari selepas gempa tersebut.

Atsu, 31 tahun terperangkap dalam gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu.

Kejadian berkenaan mengorbankan lebih 43,000 orang di kedua-dua negara terbabit. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu