fb fb fb fb fb

Bantu pesakit kanser, bekas Presiden Slovenia lelong kereta

(Foto REUTERS)

SLOVENIA, 19 Februari- Bekas Presiden Slovenia, Borut Pahor melelong keretanya untuk mengumpul dana demi kebajikan.

Kereta jenama Reanaultnya yang berusia 30 tahun terjual dengan harga 60,000 Euro ($64,164).

Menurut Pahor, hasil lelongan itu akan digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

"Pemenang bidaan untuk kereta tersebut adalah seorang ahli perniagaan tempatan.

"Saya tidak pernah menjangka kereta Renault Four yang dibeli pada 1991, mampu mencecah nilai setinggi itu," katanya kepada pemberita di sini.

Pahor yang merupakan bekas model pakaian, memegang jawatan Presiden Slovenia selama dua penggal yang mana penggal terakhirnya adalah tahun lalu.

Beliau tewas kepada Natasa Pirc Musar yang muncul presiden wanita pertama negara itu.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu