fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Taiwan

Foto FB U.S. Geological Survey (USGS)

TAIWAN, 23 April- Ibu kota Taiwan dilanda beberapa siri gempa bumi bermula semalam hingga awal pagi hari ini.

Pentadbiran Cuaca Pusat berkata gegaran paling kuat berukuran 6.3 magnitud dari timur Hualien.

"Gempa pertama berukuran 5.5 magnitud melanda Hualien pada pukul 5.08 petang semalam. Ia boleh dirasai di ibu kota Taipei.

"Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud berlaku pada pukul 2.26 pagi tadi, diikuti enam minit kemudian dengan gegaran berukuran 6.3 magnitud," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, puluhan lagi gegaran kecil direkodkan sepanjang malam tadi, dengan gegaran baharu setiap beberapa minit.

Kesemua gegaran tersebut berlaku di wilayah Hualien.

Sementara menurut pelancong, Olivier Bonifacio, beliau turut merasakan beberapa siri gegaran gempa bumi itu.

"Saya sedang membasuh tangan dan tiba-tiba merasakan gempa itu. Apa yang saya fikir adalah vertigo.

"Saya melangkah masuk ke dalam bilik saya dan menyedari bangunan itu bergoyang.

"Kemudian saya menyedari terdapat satu lagi gegaran susulan," kata Bonifacio kepada AFP.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM