fb fb fb fb fb

Hizbullah jatuhkan puluhan roket ke Israel

Foto: Serangan Israel terhadap Lubnan/AFP

BEIRUT, 23 April- Kumpulan Hizbullah telah menjatuhkan puluhan roket ke ibu pejabat tentera Israel di bahagian utara sebagai tindak balas kepada serbuan yang menyasarkan beberapa kampung di Lubnan, semalam.

Menurut Hizbullah, Ibu pejabat Briged Infantri Ke-3 Divisyen ke-91 di Pangkalan Ein Zeitim telah dibom dengan berpuluh-puluh roket Katyusha.

"Ini adalah sebagai tindak balas kepada serangan Israel ke atas "kampung selatan dan rumah awam" di Srifa, Odaisseh dan Rab Tlatin," menurut kenyataan itu.

Ketegangan Israel-Iran yang memuncak sepanjang zaman menyebabkan kumpulan berkenaan meningkatkan serangannya terhadap rejim zionis.

Sejak 7 Oktober lalu, konflik itu menyebabkan sekurang-kurangnya 376 orang terbunuh di Lubnan, majoritinya membabitkan ahli kumpulan Hizbullah manakala 70 yang lain adalah orang awam. - AFP

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM