fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea

(Foto Hiasan)

SYDNEY, 7 Oktober- Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda timur laut Papua New Guinea hari ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada laporan mengenai kerosakan disebabkan gempa tersebut.

"Gempa kuat itu mempunyai kedalaman 53 kilometer (33 batu), kira-kira 56 kilometer tenggara bandar pantai Madang. Gegaran susulan dengan magnitud yang sama melanda pantai Madang beberapa minit kemudian. Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea," kata USGS menerusi kenyataan.

Di Papua New Guinea, kebanyakan kawasan tidak mempunyai ramai penduduk.

Pada April lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang maut apabila gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda kawasan hutan di negara pulau Pasifik itu.

Kira-kira 180 rumah musnah di kawasan Karawari, berhampiran pusat gempa.

Pada September tahun lalu, 10 orang maut apabila gempa bumi berukuran 7.6 magnitud telah memusnahkan ratusan rumah, jalan raya dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di seluruh utara negara itu. - AFP


(Foto Malaysian Meteorological Department)

Media Baharu