fb fb fb fb fb

Empat warga emas ditemukan mati di Gunung Asahi

(Foto Orang Awam)

TOKYO, 7 Oktober- Empat warga emas ditemukan mati pada Sabtu di laluan Gunung Asahi di wilayah Tochigi, Jepun.

Menurut pihak berkuasa, mangsa melibatkan dua wanita dan dua lelaki.

"Jabatan bomba di daerah Nasu, Tochigi menerima laporan pada petang Jumaat bahawa seorang pendaki tidak dapat berjalan.

"Dalam panggilan berasingan, seorang pendaki berkata beberapa orang lagi terkandas kerana cuaca buruk pada hari sama.

"Pencarian kesemua mangsa terpaksa ditangguhkan ekoran angin kencang sebelum mereka ditemukan mati pada Sabtu," katanya kepada AFP.

Menerusi laporan penyiar awam NHK, kesemua mangsa berusia 60-an dan 70-an. - AFP


(Foto Fail)

Media Baharu